Description

Tanggal 13 April 2019, hari Sabtu, Biro Jiran Wanita, Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan kerjasama Wanita PBB Ranting dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kpg. Tunku telah menganjurkan kelas memasak sebagai akitiviti pertama KJM Kpg. Tunku bagi tahun 2019. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membawa bersama suri rumah dan wanita Kpg. Tunku untuk sama-sama belajar dan merapat diri dengan pertubuhan wanita di Kpg. Tunku disamping merapat hubungan silaturrahim dan kerjasama di antara mereka. Sambutan ahli-ahli agak menggalakkan.

Tenaga pengajar masakan jemputan pada hari tersebut ialah Puan Hamidah bt Mohammad. Nama masakan yang di ajar ialah Masakan Ayam Kerisik Gula Apong.

Turut hadir pada program tersebut ialah Puan Dyg. Nazima bt Awg. Drahman, Pegawai Kawasan N7 Samariang DBKU dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi.

Related Posts

29 September 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Program Mini Karnival Sukan Rakyat Kpg. Tunku bertempat ...
kampungtunku
October 4, 2019
28 September 2019, (Sabtu) – Berlangsungnya Program Ceramah AADK  bertajuk ‘Dadah Membunuh Masa ...
kampungtunku
October 4, 2019
31 Ogos - 01 September 2019, (Sabtu/Ahad)–Berlangsungnya Kejohanan Futsal Bawah 20 tahun bertempat ...
kampungtunku
October 4, 2019
%d bloggers like this: