Description

30 Jun 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Majlis Aprisiasi dan Ramah Mesra Aidil Fitri N.G.O Kpg. Tunku 2019. Majlis ini adalah anjuran bersma Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS. Ianya untuk menghargai penat lelah AJK yang telah bertungkus lumus bekerja melaksanakan program dan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440H yang lepas.

Seramai 80 orang terdiri daripada 6 N.G.O Kpg. Tunku serta jemputan khas seperti golongan Orang Kurang Upaya(OKU), Warga Mas dan Ibu Tunggal serta AJK yang telah bersara telah hadir dalam majlis tersebut. Aturcara majlis didahului dengan doa diikuti Koir Lagu Raya daripada Wanita Gabungan N.G.O Kpg. Tunku seterusnya ucapan Aluan oleh Ketua Kaum Kpg. Tunku, Encik Dzuraini bin Malek dan ucapan Amanat oleh YBhg. Pegawai Daerah Bahagian Kuching, Encik Awang Yusop bin Awang Mostapha. Seterusnya acara penyampaian plaq penghargaan kepada agensi kerajaan seperti DBKU dan Pejbat Daerah Bahagian Kuching serta 6 N.G.O Kpg. Tunku yang disempurnakan oleh Penghulu Kpg. Tunku Tuan haji Awang Sepian bin Awang Juini.

Majlis diserikan juga dengan kehadiran Pegawai Daerah Bahagian Kuching, YBhg. Encik Awang Yusop bin Awang Mostapha, Wakil YB. Hajah Sharifah Hasidah bt Sayeed Aman Ghazali, ADUN N7 Samariang, Wakil YB. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusuf, Ahli Parlimen P194 Petra Jaya, Encik Mohd. Hafiz bin Ali, Ketua Bahagian Pembanunan dan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Puan Dyg. Nazima Drahman, Pegawai Kawasan DBKU N7 Samariang Penghulu Kpg. Tunku, Ketua Kaum dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi selain dari semua pengerusi N.G.O dan jemputan yang lain.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: