Description

21 Julai 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Program Gotong Royong Siri 1 Mencegah Wabak Denggi di Lorong C6, C8 dan C10, Kpg. Tunku 2019. Program ini adalah anjuran bersma Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS. Ini berikutan kejadian berlakunya demam denggi ke atas seorang penghuni di Lorong C8 pada 30.6.2019 dan mengikut statistik Jabatan Kesihatan Bahagian Kuching bertarikh 5.7.2019. Program Gotong Royong ini akan dijalankan berperingkat-peringkat dalam usaha menangani wabak denggi ini dari merebak dan akan berterusan dari masa ke semasa.

Seramai 80 orang terdiri daripada 6 N.G.O Kpg. Tunku serta penglibatan sukarelawan dari SMK Bandar Kuching No. 1 yang terdiri dari 2 orang guru dan 8 orang murid 8 oarng anggota Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.

Turut hadir ialah Puan Dyg. Nazima Drahman, Pegawai Kawasan DBKU N7 Samariang, Tuan Haji Awang Sepian bin Awang Juini, Penghulu Kpg. Tunku, KK Dzuraini bin Malek, Ketua Kaum dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi selain dari semua pengerusi N.G.O dan jemputan yang lain.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: