Description

12 Ogos 2019, (Isnin) – Berlangsungnya Program Ibadah Qurban 1440H/2012M bertempat di Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku. Program ini adalah anjuran bersama Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS. 8 ekor lembu telah diqurbankan pada hari tersebut.

Program ini merupakan program tahunan di Kpg. Tunku setiap kali menjelang Hari Raya Aidil Adha/Qurban. Seramai lebihkurang 200 orang terdiri daripada peserta qurban dan ahli kariah hadir. Ianya dilakukan untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah atas nikmatNya dengan mengurbankan haiwan qurban untuk dagingnya dibahagikan kepada fakir miskin serta golongan yang berhajat disamping memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim yang sanggup menyahut perintah Allah untuk mengurbankan anaknya Nabi Ismail. Ianya juga dapat menanamkan perasaan kasih sayang antara si kaya dengan si miskin dan menimbulkan semangat bekerjasama, tolong menolong dalam kalangan masyarakat setempat serta menegakkan syiar bahawa agama ditegakkan dengan pengurbanan.

Turut hadir ialah Puan Dyg. Nazima Drahman, Pegawai Kawasan DBKU N7 Samariang, Tuan Haji Awang Sepian bin Awang Juini, Penghulu Kpg. Tunku, KK Dzuraini bin Malek, Ketua Kaum dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi selain dari semua pengerusi N.G.O dan penduduk yang lain.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: