Description

29 Ogos 2019, (Khmais)–Berlangsungnya Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR bertempat di Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku. Program ini adalah inisiatif Kejiranan Mesra Kpg. Tunku bekerjasama dengan JKKK, PBB/GPS, Masjid Al-Firdaus, PPWS dan KRT Kpg. Tunku. Program ini merupakan aktiviti pertama di anjurkan pada tahun ini.

Program ini bertujuan melahirkan kesedaran murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar disamping Ibu bapa dan ahli kariah kampung mendoakan kejayaan murid-murid darjah 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR di dalam Kawasan mereka. Ia juga dapat menyedarkan ibu bapa mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak. Seramai 18 orang murid darjah 6 dari Kpg. Tunku akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah. Kemudian di ikuti majlis bacaan Yassin dan Doa disusuli tazkirah UPSR oleh Ustaz Haji Yasmin bin Hashim. Solat Sunat Hajat UPSR di lakukan selepas solat Isyak berjemaah.

Seramai lebih kurang 200 jemaah telah turut serta dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah Penghulu Kpg. Tunku, Tuan Haji Awang Sepian bin Awang Juini, Ketua Kaum Dzuraini bin Malek, Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi dan semua pengerusi N.G.O serta ahli kariah dan Jemaah Masjid Al-Firdaus.

Related Posts

Bersempena Program Hujung Minggu @ Pasar Malam Old Smart Kuching Heritage pada 30~31 Ogos 2019 ...
KJM Kpg Bintangor Besar
September 5, 2019
Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019 , KJM Kpg Bintangor Besar dengan Kerjasama JKKK, PBB, KRT ...
KJM Kpg Bintangor Besar
September 5, 2019
30 Ogos 2019, (Jumaat)–Berlangsungnya Sambutan Ambang Merdeka 2019 bertempat di Hotel Samudera. ...
kampungtunku
September 5, 2019
%d bloggers like this: