Description

30 Ogos 2019, (Jumaat)–Berlangsungnya Sambutan Ambang Merdeka 2019 bertempat di Hotel Samudera. Program ini adalah anjuran bersama Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan JKKK, PBB/GPS dan KRT dan dikelolakan oleh KRT Kpg. Tunku. Program ini merupakan program tahunan Kpg. Tunku.

Objektif sambutan ialah menyuntik kesedaran awal ke arah meningkatkan dan menggelorakan semangat patriotik dan cintakan negara secara menyeluruh melalui gerakan Muafakat Komuniti Malaysia dan masyarakat di seluruh negara melalui gerakan akar umbi serta menggalak dan menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan melalui penglibatan lapisan peringkat latar belakang.

Acara dimulakan dengan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku serta pelbagai lagu patriotik dengan kibaran bendera Malaysia dan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! sepanjang aktiviti di jalankan.

Penyertaan AJK Gabungan adalah seramai lebihkurang 60 orang yang turut dihadiri oleh Penghulu Haji Awang Sepian bin Awang Juini, Ketua Kaum Dzuraini bin Malek, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi, Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku selain dari semua pengerusi N.G.O dan AJK NGO masing-masing.

Related Posts

INSIDEN KEBAKARAN RUMAH LOT 52 KAMPUNG SOURABAYA ULU, KUCHING SARAWAK Musibah kebakaran pada 16 ...
pk_kjm@kjmdbku.my
February 18, 2020
KUALA LUMPUR: Taman tema realiti maya (VR) Borneo pertama dijangka dilancarkan di Kota Samarahan, ...
AmmxrDBKU
February 15, 2020
Mari Ngopi pada 28 Januari berakhir dengan maklum balas yang hebat dari para peserta. Encik Qaiyum ...
AmmxrDBKU
February 15, 2020
%d bloggers like this: