Description

31 Ogos – 01 September 2019, (Sabtu/Ahad)–Berlangsungnya Kejohanan Futsal Bawah 20 tahun bertempat di Padang Merdeka Kuching. Program ini adalah anjuran bersama Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan DBKU dan Bank Rakyat Cawangan Sarawak. Ianya dikelolakan oleh Pemuda/Belia Kpg. Tunku. Program ini merupakan aktiviti pertama Pemuda/Belia Kpg. Tunku Bersama DBKU dan Bank Rakyat.

Tujuan program ini ialah untuk menyemarakkan semangat wargakota dan penduduk kampung untuk menyambut Hari Bandaraya Kuching. Objektifnya ialah untuk:-

  1. Melahirkan komuniti khususnya belia yang menggemari aktiviti riadah sosial yang positif.
  1. Melahirkan warga Bandaraya Kuching yang sentiasa aktif, sihat dan kekal cergas.
  2. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
  1. Merapatkan lagi ukhuwah di antara agensi kerajaan, swasta dan masyarakat

Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara amat yakin perpaduan dapat dieratkan dalam program-program seumpama ini. Pemfokusan kepada penglibatan golongan belia yang sihat melalui sukan juga akan sentiasa diutamakan untuk memastikan mereka turut serta dalam aktiviti kemasyarakatan yang sihat.

Dengan ini besarlah harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan demi penyatuan semangat wargakota, seiring dengan matlamat Kerajaan Sarawak untuk membudayakan masyarakat yang bersatu padu serta mengekalkan warisan.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: