Description

28 September 2019, (Sabtu) – Berlangsungnya Program Ceramah AADK  bertajuk ‘Dadah Membunuh Masa Depan Generasi Akan Datang’ bertempat di Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku. Program ini adalah anjuran bersama Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS.

Program ini bertujuan untuk memberitahu tentang bahayanya dadah dan pengambilannya untuk kesedaran dan pengetahuan kepada penduduk Kpg. Tunku terutama kepada ibubapa atau penjaga anak-anak mereka. Menurut penceramah jenis dadah paling bahaya yang melanda sekarang di Sarawak terutama di Bahagian Kuching ialah dadah jenis syabu. Hampir 90% penagih dadah syabu ialah anak-anak orang Melayu yang beragama Islam. Ceramah tersebut di sampaikan oleh Pegawai AADK Daerah Kuching, Encik Ali Mulia bin Haji Enn.

Turut hadir ialah Tuan Haji Awang Sepian bin Awang Juini, Penghulu Kpg. Tunku, KK Dzuraini bin Malek, Ketua Kaum dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi selain dari semua pengerusi N.G.O dan penduduk yang lain.

Related Posts

INSIDEN KEBAKARAN RUMAH LOT 52 KAMPUNG SOURABAYA ULU, KUCHING SARAWAK Musibah kebakaran pada 16 ...
pk_kjm@kjmdbku.my
February 18, 2020
KUALA LUMPUR: Taman tema realiti maya (VR) Borneo pertama dijangka dilancarkan di Kota Samarahan, ...
AmmxrDBKU
February 15, 2020
Mari Ngopi pada 28 Januari berakhir dengan maklum balas yang hebat dari para peserta. Encik Qaiyum ...
AmmxrDBKU
February 15, 2020
%d bloggers like this: