Description

29 September 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Program Mini Karnival Sukan Rakyat Kpg. Tunku bertempat di Perkarangan Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku. Program ini adalah anjuran bersama Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS.

Program ini telah berlangsung pada awal pagi tadi dengan acara saringan kesihatan dari pihak Jabatan Kesihatan, pertandingan batu seremban, congkak, menganyam ketupat, melipat kain jemuran dan pertandingan mewarna dewasa. Ianya bersambung pada sebelah tengahari bagi pertandingan masakan, gubahan bunga plastik dan mewarna bagi kanak-kanak tadika sebelum majlis penagguhan.

Tujuan dan objektif penganjuran ini ialah untuk memupuk hubungan ukhuwah dan tali silaturrahim antara semua lapisan penduduk Kpg. Tunku ke arah Masyarakat/Komuniti Kpg. Tunku yang bersatu padu dan sehati sejiwa agar dapat menggembleng tenaga, buah fikiran dan kerjasama sesama pertubuhan-pertubuhan sukarela(NGO) dalam mengatur dan melaksanakan  program dan aktiviti untuk masyarakat tempatan. Dengan terlaksananya program yang dianjurkan ini maka adalah diharap ianya dapat menghidupkan budaya berjiran dan menanam semangat hidup bersatupadu dikalangan penduduk setempat ke arah hidup bermasyarakat yang mesra, harmoni dan aman serta mengamal budaya hidup sihat dan selamat.

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Hajah Sharifah Hasidah bt Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri(Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri – Persekutuan dan Pemantauan Projek merangkap ADUN N7 Samariang).

Turut hadir ialah Datuk Bandar DBKU, YBhg. Datu Haji Junaidi bin Reduan, Puan Dyg. Nazima Drahman, Pegawai Kawasan DBKU N7 Samariang, Tuan Haji Awang Sepian bin Awang Juini, Penghulu Kpg. Tunku, KK Dzuraini bin Malek, Ketua Kaum dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi selain dari semua pengerusi N.G.O dan penduduk yang lain.

Related Posts

29 September 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Program Mini Karnival Sukan Rakyat Kpg. Tunku bertempat ...
kampungtunku
October 4, 2019
28 September 2019, (Sabtu) – Berlangsungnya Program Ceramah AADK  bertajuk ‘Dadah Membunuh Masa ...
kampungtunku
October 4, 2019
31 Ogos - 01 September 2019, (Sabtu/Ahad)–Berlangsungnya Kejohanan Futsal Bawah 20 tahun bertempat ...
kampungtunku
October 4, 2019
%d bloggers like this: