Description

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di Dewan Masyarakat Kpg. Tunku. Program ini adalah anjuran bersama Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Belia Kpg. Tunku, JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB/GPS dan KRT.

Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 12 hingga 13 Oktober 2019. Seramai 18 pasangan beregu telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Tujuan dan objektif penganjuran ini ialah:-

  • Meningkatkan minat dalam sukan badminton belia khusus belia Kpg. Tunku;
  • Mewujudkan semangat kesukanan dan daya saing dikalangan peserta;
  • Mengiratkan silaturrahim di kalangan penduduk Kpg. Tunku;
  • Memupukkan semangat kerjasama di antara penganjur, urusetia dan peserta dalam menjalan program ini.

Peserta yang mengambil bahaagian dalam pertandingan ini berumur di antara 16 tahun hingga 50 tahun dan dikalangan pasukan jemputan dari Kpg. Malaysia Jaya, Kpg. Lintang, Kpg. Siol Kandis dan Kpg. Astana.

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Awang Sepian bin wang Juini, Penghulu Kpg. Tunku.

Turut hadir ialah Ketua Kaum, Dzuraini bin Malek, Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi, Pengerusi Masjid Al-Firdaus dan Ketua Wanita PBB Ranting Kpg. Tunku serta AJK yang lain.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: