Description

Tanggal 01 Mei 2019, hari rabu, Biro Jiran Wanita, Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan kerjasama Wanita PBB Ranting dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kpg. Tunku sekali lagi menganjurkan kelas memasak sebagai akitiviti kedua KJM Kpg. Tunku dalam bidang masakan bagi tahun 2019. Seperti biasa aktiviti ini diadakan bertujuan untuk membawa bersama suri rumah dan wanita Kpg. Tunku untuk sama-sama belajar dan merapat diri dengan pertubuhan wanita di Kpg. Tunku disamping merapat hubungan silaturrahim dan kerjasama di antara mereka. Sambutan ahli-ahli agak menggalakkan.

Tenaga pengajar masakan jemputan kali ini ialah Hajah Fauziah bt Saed. Nama masakan yang di ajar  ialah Masakan  Kuih Lapis Cheese Pelangi & Pegedil Jagung.

Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi.

Related Posts

29 September 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Program Mini Karnival Sukan Rakyat Kpg. Tunku bertempat ...
kampungtunku
October 4, 2019
28 September 2019, (Sabtu) – Berlangsungnya Program Ceramah AADK  bertajuk ‘Dadah Membunuh Masa ...
kampungtunku
October 4, 2019
31 Ogos - 01 September 2019, (Sabtu/Ahad)–Berlangsungnya Kejohanan Futsal Bawah 20 tahun bertempat ...
kampungtunku
October 4, 2019
%d bloggers like this: