Description

Tanggal 02 Mei 2019, khamis malam jumaat, diantara waktu solat maghrib dan solat isyak bertempat di Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku telah berlangsungnya ceramah kesihatan berikutan merebaknya wabak denggi di kawasan Kpg. Tunku. Kawasan Kpg. Tunku juga telah di isytiharkan sebagai Kawasan Wabak Denggi oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Ceramah ini adalah anjuran Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan kerjasama JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS.

Ceramah ini adakan sebagai tindakan awal pencegahan untuk memberitahu kepada penduduk kampung betapa bahayanya serangan demam denggi dan jika tidak dicegah dan dibendung boleh mengakibatkan kematian kepada pengidapnya.

Penceramah jemputan ialah Dr. Mohamad Danial bin Salim, Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Kuching.

Seramai lebihkurang 300 orang telah hadir ke ceramah tersebut. Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi.

Related Posts

29 September 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Program Mini Karnival Sukan Rakyat Kpg. Tunku bertempat ...
kampungtunku
October 4, 2019
28 September 2019, (Sabtu) – Berlangsungnya Program Ceramah AADK  bertajuk ‘Dadah Membunuh Masa ...
kampungtunku
October 4, 2019
31 Ogos - 01 September 2019, (Sabtu/Ahad)–Berlangsungnya Kejohanan Futsal Bawah 20 tahun bertempat ...
kampungtunku
October 4, 2019
%d bloggers like this: