Description

Tanggal 11, 18 dan 25 Mei 2019, setiap hari sabtu malam ahad bermula selepas solat fardhu isyak sebelum memulakan solat sunat tarawih bertempat di Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku majlis dimulakan dengan takzirah ringkas untuk berkongsi ilmu tentang fadhilat dan kelbihan bulan Ramadhan Al-Mubaraq oleh tiga orang ustaz yang diundang khas pada malam tersebut. Penceramah jemputan terdiri daripada Al-Fadhil Ustaz Ismail bin Maharop (11.5.2019), Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim bin Rashid (18.5.2019) dan Al-Fadhil Ustaz Haji Hussaini bin Hamdan (25.5.2019)

Tazkirah ini adalah anjuran Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan kerjasama JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS untuk mengisi dan menghidup bulan Ramadhan dengan pelbagai majlis ilmu serta mengimarahkan Masjid Al-Firdaus.

Kehadiran ahli kariah dan Jemaah agak menggalakkan dan seramai purata 450 orang telah hadir ke majlis tersebut. Turut hadir pada program tersebut ialah Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: