Description

Tanggal 12 Mei 2019, ahad bermula seawal pukol 7.00 pagi bertempat di Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku ahli-hli gabungan NGO Kpg. Tunku membuat tugas persiapan menyediakan bubur lambuk dan bubur pedas untuk majlis agihan pada jam 2.30 petang yang akan dsempurnakan oleh YB. Hajah Sharifah Hasidah bt Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan Dan Pemantaun Projek) Merangkap ADUN N7 Samariang.

Majlis ini adalah anjuran Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan kerjasama JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS kerja amal untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk semua penduduk Kpg. Tunku. Amalan ini telah dilakukan  setiap tahun dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.  Kali ini majlis diselitkan dengan Program Jalinan Kasih iaitu sumbangan barangan dapur kepada asnaf yang terdiri daripada keluarga kurang mampu, ibu tunggal, warga emas dan OKU di kalangan penduduk Kpg. Tunku.

Penglibatan ahli agak menggalakkan dan seramai lebihkurang 100 orang telah hadir dalam persiapan dan majlis agihan tersebut. Turut hadir pada program tersebut ialah YB. Hajah Sharifah Hasidah bt Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan Dan Pemantaun Projek) Merangkap ADUN N7 Samariang, Pengarah DBKU, Dr. Morshidi bin Ahmad, Timbalan Pengarah DBKU, Jabatan Komuniti, Encik Rudzaimeir, Pegawai Kawasan N7 Samariang DBKU, Puan Dyg. Nazima Drahman dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: