Description

Pada tanggal 31 Mei – hingga 01 Jun 2019, (Jumaat-Sabtu) program majlis dimulakan dengan Ujian Tilawah Al-Quran bagi kategori Dewasa, Remaja dan Kanak-Kanak bertempat di Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku. Seramai 36 orang peserta telah mengambil bahagian dalam ujian tilawah tersebut iaitu bagi kategori kanak-kanak seramai 10 orang, remaja 9 orang dan dewasa 17 orang.

Manakala Majlis Khatamal Quran Dan Penyampaian Hadiah diadakan pada 2 Jun 2019 dimana penangguhannya di sempurnakan oleh YB. Hajah Sharifah Hasidah bt Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutuan Dan Pemantaun Projek) Merangkap ADUN N7 Samariang.

Majlis ini adalah anjuran Kejiranan Mesra Kpg. Tunku dengan kerjasama JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, KRT dan PPWS.  Amalan ini telah dilakukan  setiap tahun sebagai acara penutupan bagi program bulan Ramadhan al-Mubarak.  Acara kemuncak majlis ialah penyampian saguhati kepada imam-imam dan bilal-bilal Masjid Al-Firdaus, cenderahati untuk peserta-peserta tadarus dan penyampaian hadiah untuk peserta-peserta ujian tilawah.

Penglibatan ahli agak menggalakkan dan seramai lebihkurang 200 orang telah hadir dalam Majlis Khatamal Quran & Penyampaian Hadiah tersebut. Turut hadir pada program tersebut ialah YB. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusuf, Ahli Parlimen P194 Petra Jaya, Encik Rudzaimeir, Timbalan Pengarah, Jabatan Komuniti DBKU, Puan Dyg. Nazima Drahman, Pegawai Kawasan DBKU N7 Samariang dan Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi selain dari dif-dif jemputan dan jemputan yang lain.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: