Description

24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara, YBhg. Datu Haji Junaidi bin Haji Reduan bertempat di pejabat beliau di Bukit Siol. Rombongan di ketuai oleh Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi dan kunjongan ini adalah anjuran bersama JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB/GPS, PPWS, Belia Kpg. Tunku dan KRT. Pertemuan tersebut berjalan dengan lancar dan penuh dengan suasana kemesraan.

Tujuan kunjongan ini ialah:-

  1. Pengenalan pertubuhan NGO yang terdapat di Kpg. Tunku;
  2. Pengenalan Jawatankuasa Kejiranan Mesra Kpg. Tunku sebagai badan perantara komunikasi antara DBKU dan komuniti setempat;
  3. Menyerah senarai projek yang dikenalpasti untuk perhatian dan tindakan segera pihak DBKU;
  4. Membentang Kertas Kerja Sambutan Maulidur Rasul 1441H Kpg. Tunku;
  5. Menyerah salinan surat penduduk Kpg. Tunku kepada YAB Ketua Menteri;

Seramai 13 orang telah hadir pertemuan tersebut iaitu Penghulu Kpg. Tunku, Tuan Haji Awang Sepian bin Awang Juini, Ketua Kaum Kpg. Tunku, Encik Dzuraini bin Malek, Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi, Timbalan Ketua Ranting PBB/GPS Kpg. Tunku, Encik Mohamad Rejeni bin Haji Buntal, Pengerusi KRT, Tuan Haji Subri bin Haji Aman, Ketua Wanita PBB/GPS Ranting Kpg. Tunku, Hajah Julia bt Haji Shukri, Timbalan Pengerusi PPWS, Puan Dora bt Issa, Ketua Belia Kpg. Tunku, Encik Shazali bin Junai serta AJK yang lain.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: