Description

10 November 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Program Sambutan dan Perarakan Maulidur Rasul 1441H/2019M Kpg. Tunku bertempat di Masjid Al-Firdaus Kpg. Tunku. Program Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kejiranan Mesra Kpg. Tunku bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara dengan kerjasama JKKK, Masjid Al-Firdaus, PBB, PPWS dan Belia Kpg. Tunku. Sambutan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan dalam kalendar aktiviti Kejiranan Mesra Kpg. Tunku pada tahun 2019.

Program ini bertujuan untuk memperingati dan menghayati sirah perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah SAW dan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani untuk mendidik dan mengajar erti perjuangan menegakkan agama Islam mengikut cara Rasulullah SAW serta menerapkan rasa cinta dan kasih dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Sharifah Hasidah bt Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri(Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri – Persekutuan dan Pemantauan Projek merangkap ADUN N7 Samariang).

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Haji Junaidi bin Haji Reduan, Penaung Masjid Al-Firdaus, Datu Haji Abg. Helmi TSDA Ikhwan, Timbalan Pengarah DBKU, Encik Rudzaimeir bin Malek, Pegawai Kawasan DBKU N7 Samariang, Puan Dyg. Nazima Drahman, Penghulu Kpg. Tunku, Tuan Haji Awang Sepian bin Awang Juini, Ketua Kaum, Encik Dzuraini bin Malek, Ketua Kaum Kpg. Tunku, Pengerusi Kejiranan Mesra Kpg. Tunku, Tuan Haji Saifuddin bin Senawi dan Pengerusi NGO yang lain.

Related Posts

INSIDEN KEBAKARAN RUMAH LOT 52 KAMPUNG SOURABAYA ULU, KUCHING SARAWAK Musibah kebakaran pada 16 ...
pk_kjm@kjmdbku.my
February 18, 2020
KUALA LUMPUR: Taman tema realiti maya (VR) Borneo pertama dijangka dilancarkan di Kota Samarahan, ...
AmmxrDBKU
February 15, 2020
Mari Ngopi pada 28 Januari berakhir dengan maklum balas yang hebat dari para peserta. Encik Qaiyum ...
AmmxrDBKU
February 15, 2020
%d bloggers like this: