Description

25,Ogos- Majlis Penutupan Pertandingan Sepak Takraw Jemputan KJM Kpg. No. 5 sempena sambutan Hari Bandaraya ke 31. Telah dirasmikan oleh Yang berbahagia Sdr. Samad Gani Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak dan seterusnya melakukan sepak mula perlawanan akhir. Dalam ucapan, beliau memuji langkah KJM Kpg. No5 mengadakan pertandingan tersebut bagi menarik minat para belia terutama dalam permainan sepak takraw dan secara tidak langsung melahirkan generasi yang sihat dan cergas.Pertandingan yang disertai oleh 39 buah pasukan sekitar Kuching, Lundu dan Samarahan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara mereka. Dalam perlawanan akhir tersebut kedua-dua pasukan telah menunjukan kehebatan masing-masing dan kemenangan berpihak kepada pasukan Leopart ‘A’ dan pasukan Yong Heng ‘B’ menjadi naib johan manakala Pasukan Dragon dan Pasukan Leopart’D’ mendapat tempat ketiga bersama. Majlis penyamapaian hadiah telah disempurnakan Yang berbahagia Sdr. Samad Gani.Turut hadir pegawai kawasan n8 satok penguhulu kpg no 5 dan 6 sera timbalan pengerusi kjm.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: