DENGGI ADALAH URUSAN SEMUA ORANG!
Setiap lapisan masyarakat /wargakota di Bandaraya Kuching adalah digesa untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran masing-masing.
Gejala wabak denggi semakin meruncing di Sarawak dan Bandaraya Kuching mencatat jumlah kes yang tertinggi. Oleh itu, sama-sama kita memerangi aedes bagi mencegah Demam Denggi dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:-
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
Membuang bekas yang boleh menakung air
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan ditutup bersama penutup
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan air dibuang sekurang-kurangnya seminggu sekali
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti :
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar sewaktu keluar rumah
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
#DBKUCARES #DEWANBANDARAYAKUCHINGUTARA #CBS#SAYANGIKCH #KUCHING #KCH #TIADAAEDESTIADADENGGI#PerangiAedes