Description

02 September 2019, (Isnin) – Kejiranan Mesra Taman Sukma telah menganjurkan satu program rakyat iaitu “Sukan Rakyat Bandarayaku” yang sinonim dengan permainan tradisional telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Siol Kanan, Taman Sukma bersempena Hari Bandar Raya. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama DBKU dan OKSHE serta Gabungan NGO’s Taman Sukma (JKKK, PBB, Masjid, KRT dan SUKMANITA).

 

Program ini dihadiri YB Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek) Merangkap ADUN N7 Samariang.

 

Antara acara program tersebut adalah terdiri permainan tradisional ialah Permainan Congkak, Berlari Berpasangan Ikat Kaki, Anyam Ketupat, Membawa Bola Pingpong Dalam Sudu Menggunakan Mulut, Street Soccer, Batu Seremban, Bowling Buah Kelapa, Permainan Bagi Tepung dan Pertandingan Mewarna Bagi Kanak-Kanak Tadika. Selain itu, Cabutan bertuah dan pertandingan karaoke turut diselitkan bagi memeriahkan lagi program tersebut.

 

Sehubungan itu, program ini telah disertai oleh AJK , penduduk setempat termasuk murid-murid, Cikgu dan Pengetua Sekolah Siol Kanan, bersesuaian dengan objektif untuk memupuk keharmonian dan merapatkan lagi tali silaturahim. Aktiviti seperti ini mampu memberi kesedaran generasi muda tentang kepentingan permainan tradisional dan  mengekalkannya untuk generasi akan datang agar tidak lenyap ditelan zaman.

 

Secara keseluruhannya, program “Sukan Rakyat Bandarayaku” telah mencapai objektif dan semua matlamat dilaksanakan dengan jayanya di atas kerjasama semua pihak. Program seperti ini boleh dijadikan program tahunan dalam usaha mengekalkan warisan kepelbagaian permainan  tradisional budaya Malaysia.

Related Posts

13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku ...
kampungtunku
October 29, 2019
24 Oktober 2019(Khamis) – Berlangsungnya pertemuan di antara rombongan N.G.O. Kpg. Tunku dengan ...
kampungtunku
October 29, 2019
13 Oktober 2019, (Ahad) – Berlangsungnya Pertandingan Badminton Beregu   Kpg. Tunku bertempat di ...
kampungtunku
October 14, 2019
%d bloggers like this: